SEJARAH KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD
Nabi
Muhammad dilahirkan pada 12 Rabiul Awal tahun Gajah (iaitu tahun di
mana pasukan gajah yang diketuai oleh Abrahah ingin menghancurkan
Ka'abah di kota Mekah, Allah telah menyelamatkan Ka'abah dengan
menghantar burung ababil yang menghancurkan pasukan gajah tersebut
seperti dilaporkan dalam ayat di bawah ini:
Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentara bergajah? Bukankah Dia telah menjadikan rancangan mereka untuk menghancurkan Ka'bah sia-sia belaka? Dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong dan melempar mereka dengan batu daripada tanah yang terbakar, sehingga menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan ulat. (Surah al-Fiil, ayat 1- sampai 5)
Ibu beliau bernama Aminah binti Wahab dan Ayahnya bernama Abdullah bin Abdul Muthalib. Beliau diberi nama Ahmad atau Muhammad oleh datuknya. Nama ini sesuai dengan nama yang diterangkan dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan
ingatlah ketika Isa Putra Maryam berkata: "Hai Bani Israel,
sesungguhnya aku adalah utusan Allah, membenarkan kitab yang turun sebelumku,
iaitu Taurat dan memberi kabar gembira dengan kedatangan seorang Rasul
sesudahku, namanya Ahmad (Muhammad)" Maka tatkala rasul tersebut datang
kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: "Ini adalah sihir yang nyata." (Surah As-Shaff, ayat 6)
Semasa beliau berumur 6 bulan dalam kandungan ibunya, ayah beliau meninggal dan meninggalkan beberapa ekor unta sahaja. Beliau dilahirkan di kalangan masyarakat Arab Jahiliyah sehingga tidak ada orang yang membimbing beliau kecuali Allah. Firman Allah:
Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk.(Surah Ad-Dhuha, ayat 7)
Sejak bayi, beliau diasuh oleh perempuan Baduwi bani Sa'ad bernama Halimah Sa’adiyah di kawasan yang jauh daripada bandar. Pada asalnya Halimat Sa’adiyah ingin mengasuh beliau selama dua tahun sahaja, tetapi Halimah meneruskan mengasuh beliau sehingga empat tahun kerana selama menjaga beliau rezekinya semakin bertambah. Kemudian beliau diasuh oleh ibunya sampai beliau berumur enam tahun dan ibunya meninggal, beliau diasuh oleh datuknya Abdul Muthalib selama dua tahun sehingga beliau berumur 8 tahun dan datuknyapun meninggal.
Sejak bayi, beliau diasuh oleh perempuan Baduwi bani Sa'ad bernama Halimah Sa’adiyah di kawasan yang jauh daripada bandar. Pada asalnya Halimat Sa’adiyah ingin mengasuh beliau selama dua tahun sahaja, tetapi Halimah meneruskan mengasuh beliau sehingga empat tahun kerana selama menjaga beliau rezekinya semakin bertambah. Kemudian beliau diasuh oleh ibunya sampai beliau berumur enam tahun dan ibunya meninggal, beliau diasuh oleh datuknya Abdul Muthalib selama dua tahun sehingga beliau berumur 8 tahun dan datuknyapun meninggal.
Kemudian
beliau dijaga oleh bapa saudaranya Abu Thalib, pada awalnya Abu Thalib
agak keberatan untuk menjaga beliau kerana kewangannya yang kurang
stabil. Oleh itu, beliau harus membantu ayah saudaranya dengan
mengembala kambing. Selepas beliau dewasa, beliau telah dibawa berniaga
oleh bapa saudaranya ke Syam (Syiria). Seorang Rahib Nasrani telah
menjumpai bapa saudara beliau dan menasihatkan supaya jangan membawa
Muhammad ke Syiria lagi kerana takut orang-orang Yahudi akan membunuhnya
kerana beliau mempunyai tanda-tanda kerasulan seperti diceritakan dalam
kitab-kitab terdahulu.
Kemudian
beliau dikenalkan kepada seorang hartawan yang bernama Khadijah binti
Khuwailid. Beliau diamanahkan untuk berniaga bersama pembantu Khadijah
binti Khuwailid yang bernama Misyakrah. Pembantu tersebut telah
menceritakan kebaikan dan kejujuran Rasulullah kepada Khadijah binti
Khuwailid sehingga Khadijah menghantar utusan untuk melamar Rasulullah
menjadi suaminya.
Bersambung.....
Bersambung.....
Ditulis Oleh : Unknown
Posted by 21.13 and have
0
komentar
, Published at
Tidak ada komentar:
Posting Komentar